Khamis, 14 April 2016

Exco Pulau Pinang dilarang ke Sarawak

MALAYSIAKINI





Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Afif Bahardin adalah ahli politik pembangkang terbaru yang dihalang ke Sarawak.

Afif yang tiba selepas tengah malam hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, menerima notis daripada Jabatan Imigresen Sarawak bahawa namanya telah disenarai hitam.

Menurutnya, arahan untuk menghalangnya daripada memasuki Sarawak datang daripada pihak atasan.

Beliau membidas BN Sarawak kerana menggunakan taktik keji itu untuk menyekatnya untuk bersama-sama penyokong PKR dan sayap Pemuda dalam menghadapi pilihan raya negeri.

"Tindakan itu membuktikan bahawa kepimpinan BN negeri adalah sebuah rejim yang tidak akan teragak-agak merampas hak rakyat apabila kuasanya terancam.

"Ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak menghargai prinsip pembentukan Malaysia.

"Kami menyeru rakyat di Sarawak untuk mengundi untuk perubahan pada pilihan raya negeri ini," katanya.






Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah dilarang ke bumi kenyalang itu.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. Editor Sarawak Report, Clare-Rewcastle Brown juga berada dalam senarai itu.

Tiada ulasan: