shahbudindotcom
Persepi
umum lantas memuncak dengan persoalan paling mudah, apa yang sebenarnya
dibeli Najib daripada Jakel dengan bayaran sedemikian banyak itu?
Kalau
ia semata-mata untuk pakaian Najib, Rosmah dan ahli keluarganya,
tidakkah jumlah itu terlalu besar hanya untuk tempoh empat?
Ahli
Parlimen Segambut, Lim Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap
Najib berhubung bayaran yang dibuatnya kepada Jakel Trading itu
sebagaimana didedahkan oleh WSJ, juga mengepilkan dengan pertanyaan yang
antaranya, apakah pakaian yang dibeli itu untuk Rosmah dan jika sehelai
berharga RM10 ribu, apakah ia bermakna sebanyak 5,500 helai telah
dibeli sepanjang tempoh empat tahun atau empat helai dalam sehari?
Selain
itu, Lim Lip Eng juga meminta polis menyiasat daripada mana Najib
memperolehi wang sebanyak itu yang diangggap jauh berpadanan dengan
gajinya sebagai Perdana Menteri yang dianggarkan kira-kira RM273,912
setahun serta kemungkinan ia berkaitan dengan unsur-unsur rasuah,
pengelakan cukai dan penggubahan wang haram.
Baik
Najib mahu pun Jakel, kedua-duanya masih berdiam diri sehingga ke hari
ini. Yang ada bersuara hanyalah sebuah portal pro Najib yang mengatakan
bayaran puluhan juta itu adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan
yang disampaikan kepada pertubuhan bukan kerajaan, mangsa bencana alam,
pakaian anak-anak yatim dan sayap-sayap politik.
"Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.
"Jika
benar ia kegunaan peribadi, berdasarkan harga pakaian di Jakel yang
dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib mungkin terpaksa menyewa
gedung untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," kata portal itu lagi.
Ternampak bahawa portal itu sama ada sengaja melindungkan fakta atau pun tidak pernah sama sekali berkunjung ke gedung Jakel.
Perlu
diberitahu bahawa harga pakaian di Jakel bermacam-macam peringkat, ada
yang dalam kemampuan rakyat biasa membelinya, tetapi ada juga yang
mencecah puluhan ribu ringgit sehelai di mana rakyat biasa hanya mampu
menengoknya saja.
Selain
itu, jika portal yang diketahui ada "tuan besarnya" itu mengatakan
"belum ada orang gila membeli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk
kegunaan sendiri", mereka seharusnya tidak lupa bahawa Ahmad Maslan
juga pernah berkata, "tiada Perdana Menteri yang begitu bodoh mahu
memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya" ketika isu wang
RM2,600 juta mula-mula didedahkan dahulu.
Jika
akhirnya terbukti bahawa Najib tidaklah begitu cerdik dengan
membenarkan wang beribu-ribu juta dimasukkan ke akaun peribadinya, maka
janganlah hairan jika kegilaan membeli pakaian berpuluh-puluh juta
ringgit juga boleh menjadi amalan beliau dan keluarganya.
Lagi
pula, bukankah kos bercuti, membeli barang kemas dan bermewah Najib
dan Rosmah, sebagaimana yang didedahkan oleh media-media antarabangsa
juga turut mencecah puluhan juta ringgit jumlahnya?
Bagi
mereka yang tahu, hubungan Jakel dengan keluarga Najib bukanlah asing
sebenarnya, walaupun ia boleh dikatakan hubungan yang agak baru saja
terjalin.
Jakel
bukan saja dilaporkan biasa menghantar kain-kain baru dan terpilih ke
rumah Najib untuk kegunaan keluarga Perdana Menteri itu, malah dalam
tahun-tahun terakhir ini dikatakan syarikat itu turut mendapat manfaat
lain daripada hubungan tersebut.
Mereka
yang rapat dengan Jakel ada memberitahu, syarikat itu yang hanya
dikenali sebagai peruncit dan pemborong kain serta pakaian turut
memiliki berpuluh-puluh keping tanah di sekitar Kuala Lumpur sekarang
ini.
Antara
tanah yang dipercayai milik Jakel itu ialah terletak di kawasan
Setapak, Cheras dan Bandar Tun Razak dengan sebahagiannya sudah mula
dibangunkan dengan pembinaan kondominium mewah dan separuh mewah.
Dengan
mulanya terdedah sejumlah wang yang besar dibayar oleh Najib kepada
Jakel dan hubungan itu terus menjadi bualan ramai, adalah dijangkakan
lebih banyak perkara lagi mengenai syarikat itu akan terbongkar selepas
ini.
Sama
ada Najib dan Jakel berdiam diri atau cuba memberi apa-apa respon
mengenainya, sorotan umum kini lebih menarik perhatian lagi, bukan saja
mengenai apa yang diperolehinya daripada kerajaan tetapi juga siapakah
personaliti di belakang syarikat itu yang mempunyai hubungan rapat
dengan Seri Perdana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan