shahbudindotcom
Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.
Siasatan
itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang
dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab
daripadanya.
Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?
Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?
Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?
Terutamanya
Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan
begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini
masih tidak berbunyi apa-apa?
Hanya
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi
mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi
malangnya suara beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.
Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain semuanya diam belaka?
Sementara
Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan
penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu
pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?
Najib
pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya
lebih bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung
mengenai saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk
membersihkan dirinya sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan
mengambil kesempatan untuk membidas Tun Mahathir Mohamad.
Bukankah
sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap 1MDB, beliau
sepatutnya segera menyambut saranan PAC mengenai siasatan tersebut?
Apakah yang ditakuti oleh mereka ini untuk memberi reaksi positif dan mengalu-alukan agar siasatan segera dijalankan?
Adakah kerana bimbang jika siasatan akan dimulakan, lebih banyak lagi perkara-perkara lain terbongkar akhirnya?
Atau
mungkinkah yang paling dibimbangi ialah Artikel 117 M & A 1MDB yang
antara lain menyebut, "kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri
adalah diperlukan bagi sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan),
penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat,
kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan
negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia
hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia."
Dalam
hal ini, meskipun laporan PAC tidak menuding jari secara langsung
kepada Najib dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas
menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran
bertulis daripada Perdana Menteri, bukan oleh Lembaga Pengarah, CEO atau
sebagainya.
Sehingga
hari ini pun Najib masih lagi berdiam diri dan tidak memberi sebarang
reaksi yang boleh meyakinkan rakyat mengenai penyiasatan yang
dicadangkan oleh PAC itu.
Mengapa
itu berlaku? Bukankah berbanding membidas Tun Mahathir mengenai jumlah
hutang, menyokong penyiasatan dan mencari kebenaran adalah jauh lebih
penting?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan