Khamis, 21 April 2016

JAIS arah turun papan hiasan ayat Al-Quran di 8 premis makanan Shah Alam

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 di sini semalam tidak melibatkan isu status halal, sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan.
 
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, antara lapan premis yang diarahkan untuk menurunkan papan hiasan itu adalah Restoran Hakim di Jalan Zikron dan Jalan Kristal serta Restoran Kamal & Corner di Jalan Plumbum.
 
“Tiada isu halal dibangkitkan dalam operasi berkenaan dan hanya tertumpu kepada isu penggantungan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Haris, operasi pemeriksaan secara bersepadu yang berakhir kira-kira 12.30 tengah hari semalam dilakukan oleh JAIS bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
 
Tambahnya, arahan penurunan papan hiasan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan berkenaan dibuat oleh KDN mengikut Seksyen 17 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Kesalahan Mencetak Ayat Al-Quran).
 
Isu mengenai status halal Restoran Hakim di Seksyen 7 tersebar di laman sosial hari ini berikutan operasi bersepadu berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: