Sabtu, 2 April 2016

Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'

Nurul Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghargai kehadiran peserta Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini kerana sanggup ‎berpanas terik di dataran tersebut.

Ujarnya, kesanggupan mereka itu membuktikan bahawa mereka membantah pelaksanaan cukai tersebut.
"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan kesedian kita melawan rejim yang zalim.

"Kalau ada orang kata panas (cuaca) ‎, ya memang panas, tetapi dalam hati ini lagi panas. Bukan sahaja (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dipenjara...bisasiswa JPA keluar negara  dipotong, kita pula ‎dicukai habis-habisan oleh BN," katanya dalam ucapan  di hadapan lebih 3,000 penyokong.

Berbicara lanjut, Nurul Izzah berkata, apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah mengembalikan semula dana kepada mereka.

"Ada yang tanya, kalau panas begini kita tak mampu bertahan...bagaimana nak lawan BN? Percayalah hari ini...kita mahu dana rakyat dikembalikan, kita mahu GST dimusnahkan, kita mahu pemimpin rasuah dikenakan tindakan,"katanya.


Tiada ulasan: