Selasa, 19 April 2016

Husam kekal menang saman fitnah penulis blog

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden Pas yang juga ahli dewan undangan negeri Salor, Datuk Husam Musa memenangi saman fitnah ke atas Mohd Faisal Rohban Ahmad selepas penulis blog menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan semalam.
 
Peguam Mohd Faisal yang menulis di laman sesawang ruangbicarafaisal.blogspot.com, Muhammad Nur Izzat Nordin memaklumkan tiga anggota panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bahawa anak guamnya memutuskan untuk menarik balik rayuannya.
 
Dua ahli panel yang lain ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan and Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali.
 
Panel hakim mengarahkan jumlah pampasan dinilai oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu sementara menganugerahkan Husam sejumlah RM5,000 dengan kos.
 
Husam kalah kes berkenaan di Mahkamah Tinggi tetapi kemudiannya menang di Mahkamah Rayuan, menyebabkan Mohd Faisal menfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan. Walau bagaimanapun, ekoran penarikan semula itu, keputusan Mahkamah Rayuan kekal.
 
Husam menfailkan saman menentang Mohd Faisal berhubung artikel bertajuk ‘Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta’ dalam blog berkenaan.
 
Bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu mendakwa artikel berkenaan menfitnah beliau memberikan 10,000 hektar tanah untuk pembalakan adalah salah, dibuat dengan mala fide (berniat jahat), dan mendedahkan beliau kepada persepsi awam yang negatif.
 
Husam menuntut pampasan RM500,000 sebagai gantirugi teladan, punitif dan lain-lain dari penulis blog itu.
 
 

Tiada ulasan: