Rabu, 6 April 2016

Seminar anti-kristianisasi: Menteri didakwa kelirukan parlimen

Hafiz Yatim

 



Seorang peguam menuduh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengelirukan parlimen apabila mempertahankan seminar anti-kristianisasi dua tahun lalu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan berkata ia menumpukan kepada ancaman IS dan Syiah.

Annou Xavier (gambar) berkata beliau telah menemani dua individu membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 2014.

Beliau berkata mempunyai bukti dan pelik dengan jawapan menteri.

“Kami ada bukti perkara ini kerana risalah seminar dengan jelas tulis mengenai 'Kalimah Allah dan Kristologi'.

“Seminar itu jelas anti-Kristian,” katanya.

Xavier berkata institusi atau kumpulan agama yang mahu menganjurkan seminar hendaklah mengukuhkan kepercayaan pengikutnya tanpa mengkritik dan menyebabkan kebencian pada agama lain.

Peguam itu memberikan salinan risalah dan butiran lanjut program itu dan mendakwa tiada langsung disebut berkaitan IS atau Syiah.

Tiada ulasan: