Rabu, 13 April 2016

Hadiah ‘lumayan’ Junior Cycling Malaysia jadi viral

OLEH AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Nilai hadiah Juara Kejohanan Junior Cycling Malaysia sebanyak RM30 bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun menjadi topik hangat netizen di laman sosial hari ini.

Beberapa keping gambar dimuat naik Cycling Malaysia Magazine dan dikongsikan beberapa page popular seperti Siakap Keli menjadi bahan sindiran ekoran jumlah hadiah diberikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada pemenang tidak setimpal dengan nilai peralatan berbasikal peserta.

JCM

Malcolm Tang dalam komentarnya berkata, nilai hadiah itu adalah satu pelaburan merugikan bagi menggalakkan kanak-kanak menjadi jaguh sukan.

“Amboih, kasut bebudak tu pun berharga lebih dari RM30 beb. Oganizer (penganjur) tak tau ke bebudak tu training mak bapa yang hantar, kasut baju pun mak bapa yang beli. Dapat juara hadiah RM30.

“Dari segi ekonomi ini adalah pelaburan merugikan. Patutlah takde orang nak menggalakkan anak-anak jadi jaguh sukan selain badminton,” katanya yang mendapat 216 Like selepas dua jam dipaparkan.

Bagi Ijan Radzi, beliau menyifatkan upah mencuci pinggan di majlis kenduri lebih tinggi berbanding nilai hadiah kejohanan.

hadiah JCM

“Aku jadi cuci pinggan rumah kenduri dapat RM50 sehari. Nak buat mcm mana dik RM100  juta hilang, kalau tak boleh bagi kat adik. Takpe dik, orang bagi terima je. Be positive, yang penting badan kekal sihat itu yang penting,” katanya.

Semakan di laman web www.jcm.my menunjukkan juara kategori bawah 11 dan 9 tahun mendapat wang tunai RM30 bersama pingat, tempat kedua RM20 bersama pingat sementara ketiga RM10 bersama pingat.
Pemenang tempat keempat menerima hadiah topi manakala kelima menerima botol air.

JCM 2016 mempunyai 21 kategori berbasikal melibatkan lelaki, wanita dan terbuka.-AA-


Tiada ulasan: