Isnin, 25 April 2016

Dua pelajar lelaki cedera dipatuk ular

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEREMBAN: Dua pelajar lelaki cedera akibat dipatuk ular dalam dua kejadian berasingan di negeri ini.
 
Dalam kejadian di Sekolah Datuk Abdul Razak di sini kelmarin, seorang pelajar dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTAJ) akibat dipatuk ular selepas menunaikan solat Isyak di surau sekolah itu.
 
Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa sedang berjalan kaki ke asrama.
 
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga cedera ringan di bahagian tumit dan dibenarkan keluar dari hospital pada pukul 1 petang tadi.
 
Dalam kejadian kedua pula, seorang pelajar cedera selepas dikatakan cuba menangkap ular ketika membersihkan reban ayam berhampiran Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau semalam.
 
Pelajar tingkatan empat itu dipatuk di bahagian lengan kiri selepas memegang bahagian ekor ular  yang ditemukan di kawasan semak.
 
Mangsa dirawat di HTAJ dan disahkan dalam keadaan stabil.
 
Baru-baru ini seorang murid perempuan Tahun Dua cedera dipatuk reptilia itu ketika berada di padang Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau.
 
 

Tiada ulasan: