Ahad, 10 April 2016

DCA keluar surat penggantungan Rayani Air esok

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan surat penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok. 
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA. 
 
"Kita akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-70 di sini, pagi ini.
 
Semalam Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.
 
Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran memberitahu, penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
 
Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.
 
Dilaporkan, tindakan mogok juruterbang telah menyebabkan beberapa penerbangan Rayani Air dibatalkan.
 
 

Tiada ulasan: