Selasa, 19 April 2016

Cuti sementara: Tony Fernandes puji Nazir Razak

Nazir bercuti, bolehkan siasatan pemindahan AS$7 juta
Nazir


SHAH ALAM – Tindakan Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak untuk bercuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pujian daripada kebanyakan netizen.

Selepas Nazir membuat pengumuman tersebut, kebanyakan komen di media sosial menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu langkah yang betul dan wajar dicontohi oleh kebanyakan pemimpin lain di negara ini.

Selain daripada itu, tindakan Nazir tersebut turut mendapat perhatian daripada Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nazir bercuti, bolehkan siasatan pemindahan AS$7 juta]

Menerusi laman Instagram peribadinya, Tony memaklumkan bahawa pengumuman oleh Nazir selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group merupakan satu tindakan yang amat baik.

“Beliau secara sukarela telah mengambil cuti supaya siasatan bebas dapat dijalankan untuk kepentingan tadbir urus korporat dan ketelusan,” tulisnya.

Selain itu, anak kepada bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir melalui laman Twitter miliknya turut memuji tindakan Nazir tersebut.

“(Tindakannya) lebih mulia berbanding abangnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman Twitternya turut mendesak Perdana Menteri untuk meletak jawatan susulan pengumuman oleh Nazir untuk bercuti sementara siasatan dijalankan.

“Kalau Nazir Razak bercuti dari CIMB, Najib Razak patut letak jawatan terus sebagai PM #1MDB,” tulisnya.


Tiada ulasan: