Jumaat, 1 April 2016

Billboard LED, pintu gerbang promosi pelancongan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai cara bagi meningkatkan industri pelancongan di Selangor termasuk menggiatkan usaha mempromosi produk pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata antara langkah diambil termasuk mendirikan billboard LED dan pintu gerbang di jalan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

yb eli-jumaat

“Satu pelan sudah dilukis untuk membina pintu gerbang, manakala billboard kita boleh buat tetapi saya ada berhubung dengan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk memberi peluang kepada Tourism Selangor membina billboard LED.

“Ia bagi memberi gambaran lebih baik untuk Selangor khasnya kepada aktiviti pelancongan,” katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak penggunaan duta dalam kalangan selebriti terkenal bagi mempromosikan lokasi yang mampu menarik kehadiran pelancong.

“Pelancongan Selangor turut menerbitkan video memaparkan tempat menarik termasuk pekan Sekinchan,” katanya.-AA-


Tiada ulasan: