MSO
Sudah hampir dua minggu Bank Negara tidak mempunyai Gebenur. Zati
Aziz sudah bersara mulai 1 April lalu. Cerita siapa dia akan dilantik
menjadi pengganti Zeti juga senyap sunyi. Secara amalannya Gebenur
Negara dilantik oleh jawatankuasa tadbir urus. Ia tidak ada kena mengena
dengan Perdana Menteri.
Tetapi bolehkah dalam situasi hari ini perdana menteri yang diserang
oleh segenap penjuru dunia, beliau tidak akan masuk campur. Para
penganalisa kewangan berharap Gebenur Bank Negara tidak akan dilantik di
kalangan orang politik. Biarlah peneraju bank pusat itu diuruskan oleh
mereka yang pakar dan tidak menunjukkan kecenderungan melampau kepada
politik agar ia bergerak bebas sesuai dengan fungsi dan peranannya.
Seperti dikatakan tadi, dalam keadaan Najib terhimpit kini apakah beliau
akan akur kepada permintaan itu? Tidakkah beliau akan merestui
pelanbtikan itu dari kalangan individu yang sedia samina dan wathana
kepadanya?
Salah seorang yang disebut-sebut akan dilantik
menjadi gebenur bank negara ialah Awang Adek Hussein, yang kini
merupakan duta khas Malaysia ke Amerika Syarikat. Awang Adek juga pernah
berkhidmat dengan Bank Negara sebagai timbalan gebenur. Beliau berhenti
untuk menceburi diri dalam politik Umno sepenuh masa.
Pernah bertanding di parlimen Bachok, menang dan dilantik menjadi timbalan menteri kewangan.
Memang disegi kelayakan Awang Adek layak untuk menduduki gebenur bank
negara. Soalnya dia telah mengotori dirinya dengan menjadi ahli politik.
Khabarnya Awang Adek kini berada di tanah air sejak sehari dua ini. Ada
cerita dari kejauhan dia dipanggil pulang untuk mengahadap Najib selepas
PM itu pulang dari persidangan Negara-Negara Islam (OIC) di Turki.
Awang Adek dijangka menghadap Najib Isnin.
Apakah pemanggilan Awang Adek pulang itu ada kena mengena dengan
pelantikan Ketua Umno Bahagian Bachok dan bekas ahli Parlimen Bachok itu
sebagai Gebenur menggantikan Zeti. Kita tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan