Rabu, 13 April 2016

Anda suka menonton TV? Ini 5 fakta mengenai Astro On Demand

Luqman Hariz, Astro Awani
 
Anda suka menonton TV? Ini 5 fakta mengenai Astro On Demand
Menurut Agnes, pelanggan On Demand kini boleh menonton program kegemaran mereka pada jam yang sama ia ditayangkan di negara asal. - Foto Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Astro On Demand (OD) merupakan perkhidmatan yang membolehkan penonton mengakses pelbagai filem dan rancangan televisyen tempatan dan antarabangsa hanya dengan menghubungkan PVR mereka kepada sambungan internet.

Dilancarkan sejak Oktober 2015, OD adalah penawaran kandungan televisyen terbesar di Malaysia.

Astro hari ini mengumumkan pengembangan perkhidmatan OD untuk meliputi lebih banyak kandungan televisyen buat penontonnya.

1. OD punyai lebih 11,000 jam kandungan

Dengan pengembangan terbaru ini, Astro meluaskan jumlah tayangan OD kepada lebih 11,000 jam.

Ini meliputi pelbagai rancangan tempatan seperti Maharaja Lawak, Gegar Vaganza di samping rancangan antarabangsa termasuk Game Of Thrones, Silicon Valley and Empire.

2. Pelanggan OD tonton televisyen lebih

“Kami dapati kesemua 350,000 pelanggan OD menonton 30 peratus lebih banyak kandungan televisyen kami,” kata Agnes Rozario, Naib Presiden, Kandungan Televisyen Astro.

Menurut Agnes, pertumbuhan mengalakkan ini menjadi pendorong utama bagi Astro untuk terus meluaskan perkhidmatan OD.

Astro On Demand
Astro On Demand

3. Bukan sahaja hari sama, malah jam yang sama

Mungkin ramai yang tahu konsep “same day” OD yang menyiarkan sesetengah rancangannya pada hari yang sama dengan Amerika, UK atau Korea.

Kini dengan pengembangan perkhidmatan OD, sebahagian rancangan yang disediakan akan turut disiarkan pada jam sama ia ditayangkan di negara asal.

Ini termasuk Game of Thrones dan Silicon Valley yang akan disiarkan masing-masing pada 9.00 pagi dan 10.00 pagi waktu tempatan.

4. Pakej tambahan OD Plus secara percuma
Sempena pengembangan OD, Astro akan turut memberikan pelanggan akses kepada pakej tambahan, OD Plus, tanpa sebarang caj tambahan sehingga 30 April 2016.

Pelanggan boleh menikmati tawaran ini dengan hanya menghubungkan PVR mereka kepada sambungan internet di rumah.
Penyediaan kandungan langsung, sukan dan tayangan hari sama membezakan Astro sebagai penyedia kandungan.

5. OD akan terus dikembangkan

“Perbezaan Astro adalah selain rancangan televisyen, kami juga menyediakan pelbagai kandungan langsung, sukan dan tayangan hari sama.

“Untuk kekal menarik kepada semua lapisan penonton dan untuk mendepani industri penyiaran yang semakin mencabar, kami komited untuk terus meluaskan dan mempelbagaikan perkhidmatan OD bergerak ke hadapan,” kata Agnes. 
 
 

Tiada ulasan: