Rabu, 6 April 2016

Ahli Parlimen ke Bukit Aman tuntut pembebasan Rafizi

Lu Wei Hoong

 


Ahli Parlimen pembangkang akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur esok bagi mendesak pembebasan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ketua Whip DAP, Anthony Loke yang menamakannya sebagai "Perarakan MP" berkata, mereka juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung perkara itu.

“Kami minta pihak polis untuk hentikan sebarang pencabulan ke atas kedaulatan institusi parlimen.

“Tadi ketua-ketua whip Pakatan Harapan telah bincang dgn Ketua Pembangkang (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail). Kami (semua ahli parlimen) setuju esok jam 9 pagi dipimpin oleh ketua pembangkang, kami akan berkumpul di pintu pagar parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi (menyerahkan) memorandum kepada IGP,” katanya.

Rafizi ditahan di pintu pagar parlimen semalam mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen sulit.

Tiada ulasan: