Sabtu, 16 April 2016

20,000 tiket Kedah lawan JDT FC habis dijual

20,000 tiket Kedah lawan JDT FC habis dijual dalam dua jam
Difahamkan, penyokong Kedah sudah mula beratur dan menunggu di kaunter seawal jam 1 pagi biarpun tiket hanya mula dijual pada jam 10 pagi.
 
 
20,000 tiket perlawanan bolasepak separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA 2016 di antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT FC) habis dijual dalam masa sejam setengah di kaunter tiket Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi mereka berkata, tiket sebanyak 20,000 keping telah habis dijual di semua kaunter jam 11.30 pagi tadi.

Tiket mula dijual bermula 10 pagi ini di 10 laluan kaunter dan satu kaunter disediakan khas buat wanita sahaja.

28,000 tiket perlawanan disediakan untuk malam ini di mana daripada jumlah itu, 5,000 tiket atas talian sudah habis dijual dalam tempoh tiga hari manakala 3,000 tiket pula disediakan buat badan gabungan KFA.


Tiada ulasan: