Sabtu, 16 April 2016

1MDB: Siasat segera siapa Malaysia Investigators

Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan
 
 
SHAH ALAM - Pihak berkuasa diminta supaya menyiasat dan mengenal pasti identiti 'Malaysia Investigators' yang telah membuat kertas siasatan palsu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia Investigators juga dengan sengaja telah membocorkan maklumat ini kepada Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015 lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,‎ Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan Malaysia Investigators yang memberikan maklumat bercanggah berkaitan Najib dan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MBD).

“Jika  mengikut kronologi, isu ini jelas hanya susunan licik puzzle anasir-anasir luar apabila pada 30 Mac 2016, pihak WSJ mengakui pula bahawa Perdana Menteri telah menerima wang sebanyak AS$1 bilion (RM3.66 Billion) dari Kerajaan Arab Saudi dan melaporkan wang tersebut bukanlah dari 1MDB seperti mana yang dilaporkan  mereka pada Julai 2015.

"Percanggahan maklumat ini amat mengelirukan dan kita rakyat Malaysia yakin perbuatan serta tindakan Malaysian Investigators adalah suatu konspirasi terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak demokratik dan memalukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, laporan siasatan 1MDB dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini telah membuktikan laporan yang ditulis portal antarabangsa itu adalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, laporan tersebut jelas menunjukkan apa yang berlaku dalam 1MDB hanyalah kerana kelemahan urus tadbir dalam syarikat dan tidak mempunyai kaitan dengan perdana menteri sebagaimana didakwa pihak tertentu sebelum ini.

"Kita harus memandang serius fitnah yang sengaja dilayangkan untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang telah menerima amanah dan mandat rakyat untuk mentadbir negara ini.

"Ini perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang semata-mata bertunjangkan nafsu serakah untuk mencapai matlamat peribadi," katanya.


Tiada ulasan: