Ahad, 10 April 2016

1MDB: Bukan Shahrol saja harus dipersalahkan, kata NGO

MALAYSIAKINI




Kumpulan hak asasi manusia Proham hari ini berkata dakwaan pecah amanah melibatkan dana milik negara 1MDB bukan tanggungjawab bekas ketua pegawai eksekutifnya.

Menjawab laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, Proham terkejut dengan pendedahan struktur tadbir urus yang lemah dan pemantauan yang dimulakan terhadap jumlah wang yang besar milik rakyat.

"Kami menyatakan kebimbangan terhadap kegagalan lembaga pengarah, majlis penasihat dan kementerian kewangan untuk memulakan semak dan imbang yang mencukupi.

"Kami tidak bersetuju bahawa pecah amanah terletak semata-mata kepada ketua pegawai eksekutif 1MDB dan oleh itu laporan Ketua Audit Negara adalah penting dkeluarkan segera," kata Pengerusi Proham Kuthubul Zaman Bukhari dan Setiausaha Agung Denison Jayasooria dalam satu kenyataan.

Proham menyatakan bahawa kelewatan dalam mengeluarkan laporan itu telah memberi persepsi negatif kepada orang ramai mengenai pendedahan penuh dan ketelusan siasatan.

Laporan 106 muka surat itu telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan membuat keputusan 1MDB.

Laporan PAC yang dikeluarkan di Dewan Rakyat pada 7 April antara lain, menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan lain-lain dalam pengurusan.

Shahrol Azral, bagaimanapun, menegaskan bahawa tidak ada salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang di syarikat itu di bawah penyeliaan beliau.

Beliau juga berjanji untuk terus memberi kerjasama sepenuhnya bagi sebarang siasatan lanjut, setelah muncul di hadapan anggota PAC dan memberikan akaun ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Tiada ulasan: