Rabu, 13 April 2016

1,000 tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Ridzal Abdullah, Astro Awani 
 
1,000 tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Lebih 100 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Tawau pada Rabu. -Astro AWANI
 

TAWAU: Hampir 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 100 rumah setinggan yang didiami musnah dalam satu kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, Sabah awal pagi Rabu.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.33 pagi dan tiba di lokasi bersama jentera lima minit kemudian.

Sumber air terbuka diperoleh dari sungai dan pili bomba berhampiran serta dibantu jentera Majlis Perbandaran Tawau.


Pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi kerana laluan yang sempit serta tekanan air rendah.

Lebih 100 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Tawau pada Rabu.
Lebih 100 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Tawau pada Rabu.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Keadaan selepas kebakaran yang memusnahkan lebih 100 buah rumah di Kampung Titingan.
Keadaan selepas kebakaran yang memusnahkan lebih 100 buah rumah di Kampung Titingan.
 
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tiada ulasan: