Sabtu, 26 Mac 2016

Zahid: Saya tidak akan campur tangan

MALAYSIAKINI




Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan melaksanakan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard.

"Saya secara peribadi dan rasmi tidak akan campur tangan.

"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tindakan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada," kata Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmi dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23, di ibunegara hari ini.- Bernama


Tiada ulasan: