Ahad, 13 Mac 2016

Teka-teki siapa akan dilantik bakal terjawab

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
 
ALOR SETAR - Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin disebut-sebut bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi.

Sumber berkata, pelantikan itu dijangka diadakan serentak dengan majlis angkat sumpah, bulan depan.
Difahamkan, selain Shaiful Hazizy, calon lain yang turut disenarai pendek ialah Setiausaha Kerja BN, Datuk Ariffin Man.

Pelantikan beliau seakan dapat diramal berikutan Umno Kedah sering membuka peluang kepada pimpinan Pemuda untuk terus menapak dalam politik.

Sebagai contoh, Ketua Pemuda sebelum ini, Datuk Badrol Hisham Hashim diangkat sebagai calon PRU13 selepas menunjukkan prestasi cemerlang dan bertanding di kerusi Dun Kuala Nerang serta beroleh kemenangan walaupun pertama kali bertanding.

Tidak mustahil Shaiful Hazizy juga bakal menaiki hierarki politik dengan cemerlang.

Bagaimana pun, jawatan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar belum diisi sehingga kini, walaupun lebih sebulan Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Tiada ulasan: