Isnin, 21 Mac 2016

Serangan terhadap LGE tidak jejas DAP di Sarawak

 
Pengundi di Sarawak mengundi DAP kerana parti bukan kerana Guan Eng berbeza dengan pengundi UMNO yang melihat siapa Presiden UMNO.


Ahmad-Atory-Hussain,-lim-guan-engjpg


PETALING JAYA: Isu pembelian banglo RM2.8 juta oleh Lim Guan Eng tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata, pengundi di Sarawak mengundi DAP kerana parti itu bukan kerana Guan Eng.

Tambahnya, pengundi juga tidak menggangap serangan terhadap Guan Eng itu melibatkan isu integriti, sebaliknya mereka percaya ia hanya permainan politik.

“Orang Cina mereka pandai. Mereka undi parti, parti itu penting tak kiralah siapa pemimpin dia. Mereka tak kisah,” katanya kepada FMT.

Tambah Atory, berbeza dengan UMNO, pengundi akan mengundi berdasarkan siapa Presiden UMNO kerana ‘UMNO itu Presiden dan Presiden itu UMNO’.

DAP memenangi 12 kerusi daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 2011, meningkat dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelum itu.

Tiada ulasan: