Khamis, 24 Mac 2016

Saman kenderaan menteri jika lebih had laju

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat
Masir Kujat 
 
 
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa boleh mengenakan saman ke atas kenderaan rasmi menteri yang dibawa melebihi had laju yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, saman tersebut akan dikeluarkan oleh pegawai polis trafik ke atas pemandu yang memandu kenderaan rasmi menteri.

"Kalau ikut peraturan, kalau pemandu yang membawa kenderaan rasmi menteri, dia boleh disaman dan bukannya menteri itu disaman," katanya ketika bersidang di Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah).

Kok Seong dalam Dewan hari ini melemparkan persoalan sama ada kenderaan rasmi timbalan menteri atau menteri akan turut disaman sekiranya gagal mematuhi had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ia berikutan tindakan kerajaan yang mengkaji untuk menaikkan kadar kompaun saman ke atas pengguna jalan raya di negara ini.


Tiada ulasan: