Isnin, 14 Mac 2016

RM606,250 bagi cetak buku ‘1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab’

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong hari ini menyelar tindakan kerajaan yang membelanjakan
RM606,250 bagi mencetak buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab" untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai skandal firma pelaburan negara itu.

Katanya, beliau terkejut ketika dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan bertulis di parlimen bahawa duit rakyat itu dibazirkan sedangkan banyak saluran atau platform yang percuma yang boleh digunakan.

“Sebelum ini, pihak kerajaan telah menyatakan hasrat mereka untuk mengurangkan kos atau perbelanjaan harian bagi setiap jabatan.

“Tetapi, dengan cuma menjawab satu isu 1MDB sudah belanja RM606 ribu memang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Isu hutang 1MDB sahaja telah menyebabkan kerugian besar kepada negara kita. Kini, kerajaan pula menggunakan duit rakyat untuk menjawab isu ini, Menteri perlu jawab!” katanya dalam satu kenyataan media.

Hari ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan bku berjudul '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' dicetak sebanyak 125,000 naskah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu (100,000), Bahasa Inggeris (10,000) dan Bahasa Tamil (15,000).

Menurut jawapan bertulis itu, buku itu diedarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memandangkan kedua-dua isu itu telah dipolitikkan sehingga memberi kesan ketara terutama daripada aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.

Selain itu, JASA juga mencetak dan mengedarkan 2,000 naskah buku 'Himpunan Baju Merah' dengan kos senaskhah RM6 berbanding RM4.85 bagi buku 1MDB.


Tiada ulasan: