Ahad, 20 Mac 2016

PH ajak PAS, UMNO sertai flashmob #Undur Najib

 
Perdana Menteri perlu berundur kerana gagal menjadi ketua kerajaan yang membela nasib rakyat.


najib-undur-flashmob



PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan(PH) mengalu-alukan kehadiran pemuda PAS dan UMNO yang tidak menyukai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak untuk menyertai ‘flashmob’ #Undur Najib.

Program tersebut diadakan bagi mengingatkan rakyat supaya mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana telah gagal membela nasib rakyat.

Penganjur, Dr Afif Bahardin berkata acara ‘flashmob’ #Undur Najib itu diadakan sempena setahun perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

“Hari tersebut merupakan ulang tahun GST dikenakan di Malaysia dan kita semua tahu rakyat terbeban dnegan kos sara hidup, tetapi kerajaan (pimpinan Perdana Menteri) gagal mengatasi masalah ekonomi.

“Program ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan lokasinya akan ditentukan kemudian,” katanya semasa sidang media pemuda Pakatan Harapan di sini hari ini.

Tiada ulasan: