Jumaat, 25 Mac 2016

Pas umum calon PRN Sarawak 6 April di Bintulu

MALAYSIA DATELINE


Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa AliKetua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali

Pas dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali pengumuman calon-calon itu akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik dari laporan Harakahdaily, pengumuman itu akan dibuat di Bintulu bermula jam 8.00 malam.

Pas meletakkan calon di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN kali ini iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 29 Januari lalu memilih untuk mengadakan PRN pada 30 April, manakala tarikh penamaan calon 18 April.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 20 Mac lalu, Adenan menyatakan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan tarikh pembubaran DUN yang sesuai.

Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.

“Selepas ini, saya akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak tidak lama lagi.

Tiada ulasan: