MALAYSIA DATELINE
Speaker
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia,tidak konsisten apabila
enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6
bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana
ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.
Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang,
mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti
pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.
Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan
rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan
berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet
pada 3 Disember.
Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina
dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega
melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.
“Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.
“Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula
mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau
tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu
seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh
menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini,” ujar beliau dalam satu
kenyataan.
Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan
Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan
berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.
“Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam,
rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh
diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan
berhubung dua skandal mega Najib itu,” katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan