Isnin, 7 Mac 2016

Mukhriz akur tindakan asal ikut perlembagaan

Mukhriz sedia terima tindakan tapi ikut perlembagaan
Mukhriz ketika sidang media di Bunut Payong, hari ini.
 
 
KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersedia menerima sebarang keputusan di sebalik tindakannya yang dilihat bersekongkol dengan pembangkang ketika menandatangani Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Namun katanya, ia perlu mengikut dilakukan perlembagaan dan peraturan ditetapkan.

Mukhriz berkata, terpulang pada Majlis Tertinggi (MT) untuk mengambil tindakan terhadapnya berikutan pernyertaan beliau menyertai Deklarasi Rakyat tetapi perlu dilakukan secara adil.

“Terpulang, jika MT ingin usulkan demikian, tetapi biarlah mengikut peraturan.

“Kalau untuk sesetengah orang boleh ikut peraturan, kenapa tidak kepada orang lain, nampak sangat ketidakadilan yang berlaku dalam pengurusan parti,” katanya kepada media kepada media di Bunut Payong di sini, hari ini.

Tiada ulasan: