Ahad, 13 Mac 2016

Menyokong Najib itu melemahkan UMNO sebenarnya

Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.

Mahu tidak mahu Najib wajar bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.

Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri menanggung beban keyakinan dimata rakyat.

Kita faham dalam kabinet itu sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib  tetapi oleh kerana takut usaha untuk menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.

Dalam situasi sekarang sesiapa yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara. Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang ini.

Tidak sepatutnya sesiapa menafikan yang kita wajar mempunyai politik baru dan pentadbiran yang baru dengan dasar-dasar yang baru yang realistik dan praktikal untuk rakyat dan negara. Pemimpin itu wajar mempunyai kualiti teknokrat dan telah menunjukkan bukti tentang kemampuan pemimpin itu.  Memilih pemimpin yang tepat dan betul adalah lebih penting dari menumbangkan Najib kerana jika pilihan tidak betul menumbangkan Najib itu tidak akan membawa apa-apa faedah.

Menggugurkan Mahathir dari jawatan penasihat Petronas tidak sepatutnya berlaku kerana jika perjuangan Mahathir dan penyokongnya berjaya yang akan beruntung ialah UMNO itu sendiri. Maka pada hakikatnya Mahathir dan sesiapa yang menyokong dan bersimpati dengan perjuangan beliau itu, ialah UMNO itu sendiri. Lain-lain perkataan Mahathir sebenarnya adalah dalam usaha menumbang untuk memperkuatkan UMNO dan menjadikan parti itu menjadi parti yang selayaknya memimpin negara.

Menyokong Najib itu merupakan tindakan meruntuhkan UMNO dan kerajaan. Maka hakikat disebaliknya menyokong dan mempertahankan Najib itu adalah adalah tindakan melemahkan UMNO.

Deklarasi Rakyat itu nampak jelas yang UMNO hanya boleh dipulihkan dan diperkuatkan dengan sokongan pihak-pihak lain seperti pihak pembangkang dan NGO-NGO yang sedar betapa pentingnya pimpinan UMNO itu di juarai oleh orang UMNO yang lain.


Tiada ulasan: