Khamis, 24 Mac 2016

MB Kelantan ucap tahniah kerana tutup aurat

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengucapkan tahniah kepada anak muda yang menjaga aurat semasa berlangsungnya Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 di sini, malam kelmarin.

“Tahniah kepada anak muda yang dapat mengekalkan status menjaga batasan aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Stadium Muhammad IV yang bermula semalam.

“Solat berjemaah sebelum bermula kejohanan seumpama yang berlangsung semalam mestilah dijadikan amalan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti sukan di Negeri Serambi Mekah ini,” katanya menerusi Facebook beliau.

Seramai 20 petinju dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 itu.

Kesemua peninju yang beraksi malam kelmarin menutup aurat mereka sebagaimana antara tujuh syarat digariskan kerajaan negeri.

Syarat lain, peserta perlu menjalani ujian air kencing.

Program tersebut merupakan anjuran Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan kerjasama Persatuan Muay Kelantan

Tiada ulasan: