Ahad, 13 Mac 2016

Lima termasuk kanak-kanak lemas insiden bot bertembung di Sg Serusup

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TUARAN: Seramai lima penumpang wanita termasuk seorang kanak-kanak lemas selepas bot yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot lain di Sungai Serusup dekat Penimbawan, di sini, lewat malam tadi. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan. 
 
Difahamkan, semua mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kampung Serusup dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Penimbawan untuk menghadiri majlis kenduri. 
 
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Salomah Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnam dan Nurul Azda. 
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led, berkata hingga jam 8 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kerana jumlah sebenar penumpang kedua-dua bot berkenaan masih belum dapat dipastikan. 
 
Operasi SAR dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran dengan bantuan 14 anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).
 
 

Tiada ulasan: