Khamis, 10 Mac 2016

Langkah Kajang pemula rosaknya Pakatan Rakyat, kata Idris

MALAYSIA DATELINE


Naib Presiden Pas Ustaz Idris AhmadNaib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad
Langkah Kajang (Kajang Move) merupakan sejarah pemula rosaknya Pakatan Rakyat yang tidak boleh dilupakan, kata Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau melontarkan ingatan agar pihak Pakatan Harapan tidak menganggu pegangan Pas atas pandangan tersendirinya sebagaimana Pas tidak mengganggu pihak yang melaksanakan 'Kajang Move' walaupun akhirnya gagal.

Jelas Idris, Pas ada organisasi, pimpinan dan rujukan sendiri dan sepertimana Pas menghormati pandangan pihak lain, maka begitu juga mereka perlu menghormati pendirian dan sikap Pas.

Saya minta agar tolong hormati perlembagaan Pas, Pas sudah 65 tahun dan PAS bukan budak-budak lagi. Pas kaya pengalaman, Pas pernah duduk di takhta Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Campuran dan BN.

Pas pernah ditendang daripada BN, Pas pernah menguasai Kelantan 18 tahun, kalah 12 tahun, hanya tinggal batu nisan, bahkan Pas di Terengganu sekitar tahun 1978 kosong kerusi kemudian kita menang 5 kerusi.

"Akhir 1999 kita menang dan 2004 kita kalah, manakala di Kedah  Pas pernah tinggal satu kerusi Bukit Raya," ujarnya sebagaimana dipetik dari portal rasmi parti itu.

Tegasnya, jangan cuba tafsirkan tindakan dan menuduh Pas bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Idris berkata, politik adalah berkaitan dengan ijitihad iaitu berkemungkinan pandangan kita betul dan pandangan mereka salah.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar saling menghormati pandangan satu sama lain.

Tiada ulasan: