Khamis, 17 Mac 2016

Ku Nan Pendusta, Kajian Dapati Tiada Gelaran "Tengku" Di Acheh

KELAB GREENBOC


Kajian dapati gelaran ‘Tengku’ tidak ada di Acheh


KUALA LUMPUR: Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.

Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran ‘Teungku’ yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam

“Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran ‘Tengku’ di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan ‘Tengku’ hanya terdapat di Malaysia. Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.

“Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah ‘Teuku’.

“Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

“Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran ‘Teungku’. Gelaran ‘Teungku’ tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.

“Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya.

Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah,” ujar beliau. -TMI


Khairuddin cabar Ku Nan tunjuk surat beranak

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `tengku’ yang digunakan itu bukan palsu.

Tindakan itu dibuat selepas Khairuddin sebelum ini mendakwa Tengku Adnan atau lebih mesra digelar Ku Nan menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu pada namanya itu.

“Tolong tunjuk surat beranak kamu untuk membuktikan bahawa nama asal kamu itu bergelar tengku.

“Saya cabar kamu untuk berbuat demikian secepat yang mungkin. Tapi janganlah tunjuk surat beranak salinan baru pulak,” tulisnya di laman Facebook.

Pada masa sama, Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Ku Nan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

“Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor,” katanya.

Semalam, Ku Nan berkata isu gelaran tengku itu bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara berkenaan semenjak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” kata Ku Nan.

Tiada ulasan: