Ahad, 13 Mac 2016

Ku Nan dedah strategi gerakan ketua cawangan anti Najib

 
Gerakan berkenaan akan memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.


ku-nan-gkcm


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan strategi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang mahu memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya dapat makluman ada puak-puak GKCM. Dia akan jumpa ketua cawangan, Pemuda dan Puteri. Kemudian, mereka akan keluarkan memorandum.

“Memorandum itu beritahu supaya kita (Ketua UMNO Cawangan) cuba bersetuju Presiden meletakkan jawatan, jadi berhati-hatilah,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, daripada analisa yang beliau lakukan, 70 peratus ahli cawangan tidak mengetahui tindakan ketua mereka menentang Najib.

“Daripada analisa yang saya lakukan, ada lebih kurang 70 cawangan, yang buat ini (menolak Najih) tetapi ahli cawangan tak tahu. Bila kata itu tidak boleh dipakai, dia marah,” ujar beliau lagi.

Tengku Adnan atau Ku Nan juga mendedahkan terdapat Ketua UMNO Cawangan yang secara senyap berhasrat untuk menyingkirkan Ketua UMNO Bahagian.

“Mesti ingat, ada 40 peratus Ketua Cawangan yang tidak sehaluan. Kita tidak tahu siapa yang tidak sehaluan.

“Mereka akan cuba malukan kita dan kita di cawangan mesti maklumkan apa yang betul dan tidak betul,” katanya.

Tiada ulasan: