Selasa, 22 Mac 2016

K’jaan usul tambahan RM3.3 bilion bagi bajet 2016

MALAYSIAKINI




Kerajaan telah membentangkan perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan sebanyak RM3.3 bilion lagi bagi bajet persekutuan tahun lalu.

Ia adalah perbelanjaan tambahan pertama bagi Bajet 2015.

Rang undang-undang untuk mendapatkan peruntukan bagi pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Disatukan itu dibentangkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada mulanya mengumumkan peruntukan RM273.94 bilion bagi Bajet 2015 pada Oktober 2014.

Daripada tambahan RM3.3 bilion yang dipohon itu, RM2.3 juta adalah untuk peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, termasuk RM240 juta bagi menampung pemberian kekurangan akaun mengurus dan Kumpulan Wang Pendahuluan negeri.

Sejumlah RM575 juta telah diperuntukkan untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pengurusan sisa dan pembersihan awam di tujuh negeri yang telah menswastakan sektor berkenaan.

Turut dimasukkan dalam bajet tambahan Kementerian Pengangkutan adalah dana RM58 juta bagi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Terdapat juga permohonan tambahan RM50 juta untuk bajet Jabatan Perdana Menteri untuk memudahkan perpindahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daripada Kementerian Dalam Negeri.

Tiada ulasan: