Ahad, 20 Mac 2016

Kerajaan Johor tidak usik tajaan biasiswa pengajian

 
Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa sekali gus mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.


khaleed-Yayasan-Pelajaran-Johor


JOHOR BAHRU: Penuntut dari negeri Johor yang melanjutkan pengajian di institusi dalam atau luar negara tidak perlu bimbang terhadap tajaan biasiswa kerajaan negeri itu.

Ini kerana Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa sekali gus mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata belum ada perancangan untuk mengehadkan, mengurangkan ataupun mengubah apa yang kita bentangkan dalam bajet dan ini termasuk perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) (untuk tajaan biasiswa),” katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas pertanyaan tentang langkah kerajaan negeri mengurangkan kos dalam menghadapi cabaran ekonomi sukar.

“Tahun lepas, sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi 1,859 penuntut yang melanjutkan pengajian di dalam negara dan sebanyak RM978,000 untuk 52 penuntut yang belajar di luar negara,” katanya.

Tiada ulasan: