KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan untuk
memantau, memudahkan dan mengawal keseluruhan pelaksanaan Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, jawatankuasa berkenaan akan terdiri daripada para wakil
daripada kementerian-kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat
dengan TPPA.
"Kami akan memaklumkan kepada rakan-rakan Kabinet sebelum jawatankuasa
kebangsaan itu ditubuhkan memandangkan kita perlu kerjasama semua
kementerian, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada
Simposium Pelaburan Jepun-Malaysia di sini, Selasa.
Mustapa berkata cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa itu telah
dibincangkan dengan Pengerusi Kaukus Parlimen mengenai TPPA semalam.--
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan