Khamis, 31 Mac 2016

Kadar GST bakal naik?

chong chieng jen

 Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan UMNO-BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 10 peratus ekoran daripada pasaran harga minyak mentah dunia yang tidak menentu dan murah ketika ini?

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen meramalkan kenaikan tambahan empat peratus daripada kadar sekarang mungkin berlaku memandangkan sebahagian besar pendapatan Kerajaan Persekutuan bergantung kepada keuntungan penjualan minyak mentah.

Beliau berkata, semasa pelaksanaan GST dikuatkuasakan pada April tahun lalu, harga setong minyak adalah dianggarkan $USD100 pertong, manakala berdasarkan pengiraan semasa harga setong minyak mentah dunia ialah sekitar $USD40 setong.

Sehubungan itu, berdasarkan pengiraan dan faktor tersebut, dapat disimpulkan bahawa kerajaan UMNO-BN berpotensi menaikkan peratusan GST sebanyak empat peratus, jelas Chieng Jien yang juga Adun Kota Sentosa.

“Justeru, bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi ini, pihak DAP akan terus mendesak supaya cukai yang membebankan itu dimansuhkan,” katanya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: