Selasa, 8 Mac 2016

'Isteri saya perlu bantuan darah jenis O negatif'

'Isteri saya perlu bantuan darah jenis O negatif'
Maya (kanan) bersama ibunya yang sedang menerima rawatan di HDS.
 
SEGAMAT – Seorang suami di Kampung Jawa, di sini, memerlukan bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis O negatif dan berantibodi untuk didermakan kepada isterinya yang kini mengidap penyakit kanser rahim tahap dua.

Hashim Sulaiman, 54, berkata, isterinya, Yonda Yani Dukut, 53, disahkan menghidap penyakit tersebut selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital Daerah Segamat (HDS), 1 Mac lalu.

"Kalau ikut perancangan, isteri saya perlu dibedah hari ini (semalam), namun doktor terpaksa tangguhkannya kerana pihak hospital tidak mempunyai bekalan darah yang sama dengan darah isteri saya.

“Bagaimanapun, isteri saya terpaksa ditahan di wad sementara waktu dan tidak dibenarkan pulang kerana doktor perlu memantaunya setiap masa kerana darah sentiasa keluar pada kemaluannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, pada Julai tahun lalu, isterinya pernah mengadu bahawa darah haidnya berlarutan lebih daripada dua minggu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti.

Tiada ulasan: