Sabtu, 5 Mac 2016

Gelaran ‘kufur’ Jamal melampau dan tidak wajar – Wan Ji

 
Usaha menjatuhkan pemerintah (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) bersama-sama rakan-rakan (pembangkang) bukanlah bercanggah dengan agama.


wan-ji


PETALING JAYA: Ungkapan ‘kufur’ yang digunakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus terhadap mereka yang mempercayai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar dan melampau.

Penceramah Wan Ji Wan Hussin berkata Jamal seharusnya menarik balik kenyataanya itu kerana bimbang ia akan berbalik kepada Jamal.

“Dalam politik tidak wajar bersikap melampau dan kerana di Malaysia kita mengamalkan demokrasi.

“Usaha menjatuhkan pemerintah (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) bersama-sama rakan-rakan (pembangkang) bukan bercanggah dengan agama.

“Dalam hadis ada menyebut, sesiapa yang menggunakan perkataan kufur kepada yang tidak sepatutnya, bimbang akan balik kepada diri sendiri,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Wan Ji berkata, Jamal seharusnya menarik balik kenyataannya itu kerana berpandangan meminta perubahan Malaysia secara aman tidak salah.

Jamal juga dinasihatkan agar tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik.

“Dalam hadis, orang-orang melampau dalam agama akan binasa sebenarnya,” katanya.

Sebelum itu, Jamal berkata negara akan menghadapi bencana yang teruk sekiranya rakyat percaya dengan ‘Deklarasi Rakyat’ yang dibentangkan oleh Dr Mahathir.

Jamal berkata, mereka yang percaya dengan Dr Mahathir boleh dianggap kufur kerana tidak bersyukur dengan nikmat negara yang sedang aman.

Tiada ulasan: