Khamis, 24 Mac 2016

Gaya hidup tidak sihat penyumbang komplikasi jantung 23 Mac 2016 0 Sakit jantung - Gambar Hiasan KUALA LUMPUR - Masalah pembentukan jantung bayi yang tidak sempurna semasa dalam kandungan berpotensi untuk mengakibatkan pelbagai komplikasi jantung kepada individu berkenaan, kata Ketua Jabatan Kardiologi Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN), Dr.Hasri Samion. "Pelbagai faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat serta tabiat merokok adalah penyumbang utama bagi komplikasi ini. "Pihak kami menyediakan rawatan dan perkhidmatan bagi mengatasi masalah seperti itu," katanya. Sebanyak 1,800 hingga 2,000 kes melibatkan sakit jantung dilaporkan diterima setiap bulan oleh IJN sejak lima tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 60 peratus terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 12 tahun. Dr.Hasri berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan MyPrihatin dengan Yayasan IJN di sini, hari ini. Kolaborasi itu bertujuan membantu pesakit jantung yang berumur satu hari hingga 17 tahun dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dan pembedahan di IJN. Yayasan MyPrihatin merupakan organisasi bukan berorientasikan untung ditubuhkan pada 4 April 2015. Ia menggunakan sistem pungutan derma secara dalam talian untuk membantu golongan kurang mampu. Sementara itu, Nur Shazwin Mohd Noor, 9 bulan, dari Kedah yang menderita komplikasi Saluran Ventrikal Jantung merupakan antara penerima bantuan dana Yayasan MyPrihatin. Ibu bayi itu, Sukriah Abdullah, 45, berkata anaknya itu akan melalui proses Angiogram dalam tempoh terdekat dan beliau berterima kasih kepada yayasan itu "Saya bekerja sebagai kerani dan memikul tanggungjawab berat membesarkan tiga anak yang lain setelah kematian suami Januari lalu," katanya. - Bernama

SINAR HARIAN


Sakit jantung
- Gambar Hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Masalah pembentukan jantung bayi yang tidak sempurna semasa dalam kandungan berpotensi untuk mengakibatkan pelbagai komplikasi jantung kepada individu berkenaan, kata Ketua Jabatan Kardiologi Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN), Dr.Hasri Samion.

"Pelbagai faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat serta tabiat merokok adalah penyumbang utama bagi komplikasi ini.

"Pihak kami menyediakan rawatan dan perkhidmatan bagi mengatasi masalah seperti itu," katanya.

Sebanyak 1,800 hingga 2,000 kes melibatkan sakit jantung dilaporkan diterima setiap bulan oleh IJN sejak lima tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 60 peratus terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 12 tahun.

Dr.Hasri berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan MyPrihatin dengan Yayasan IJN di sini, hari ini.

Kolaborasi itu bertujuan membantu pesakit jantung yang berumur satu hari hingga 17 tahun dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dan pembedahan di IJN.

Yayasan MyPrihatin merupakan organisasi bukan berorientasikan untung ditubuhkan pada 4 April 2015.

Ia menggunakan sistem pungutan derma secara dalam talian untuk membantu golongan kurang mampu.

Sementara itu, Nur Shazwin Mohd Noor, 9 bulan, dari Kedah yang menderita komplikasi Saluran Ventrikal Jantung merupakan antara penerima bantuan dana Yayasan MyPrihatin.

Ibu bayi itu, Sukriah Abdullah, 45, berkata anaknya itu akan melalui proses Angiogram dalam tempoh terdekat dan beliau berterima kasih kepada yayasan itu

"Saya bekerja sebagai kerani dan memikul tanggungjawab berat membesarkan tiga anak yang lain setelah kematian suami Januari lalu," katanya. - Bernama


Tiada ulasan: