Sabtu, 5 Mac 2016

Empat kritikal makan sarapan dicemari kimia

 
Daripada kesemua mereka yang berusia dua hingga 71 tahun itu, empat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, dan Pusat Perubatan KPJ, Ipoh manakala selebihnya di Hospital Batu Gajah.


food-poison


PETALING JAYA: Seramai 37 orang menjadi mangsa keracunan makanan selepas termakan makanan yang dicemari bahan kimia dikenali sebagai organophosphate di sebuah gerai di Siputeh dekat Batu Gajah pada pagi Jumaat.

Daripada kesemua mereka yang berusia dua hingga 71 tahun itu, empat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, dan Pusat Perubatan KPJ, Ipoh manakala selebihnya di Hospital Batu Gajah.

Kejadian berlaku selepas makan menu sarapan pagi seperti kuih muih, bihun goreng, kuey teow goreng dan nasi goreng yang dipercayai dicemari racun kimia di gerai berkenaan.

“Bomba mengunakan alat yang cukup canggih untuk cuba untuk mengenal pasti kompaun bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan dan setakat ini kawasan yang diperiksa cukup luas dan pemeriksaan teliti dijalankan memang tiada didapati kebocoran atau gas yang mencurigakan,” katanya, lapor Astro Awani.

Gerai yang beroperasi di Siputeh tersebut telah pun diarahkan tutup dan pelbagai agensi ketika ini sedang giat menjalankan siasatan di kawasan sekitar bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Orang ramai diminta tidak panik dan mempercayai berita yang sedang diviralkan ketika ini kerana kerajaan negeri telah pun mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.

Beliau memberitahu, 24 daripada 37 pesakit yang terlibat telah pun dibenarkan pulang pada 5 petang Jumaat dan selebihnya dijadualkan akan melakukan ujian kesihatan pada Sabtu.

Tiada ulasan: