Isnin, 21 Mac 2016

El Nino: Sekolah di Perlis, Kedah tutup 2 hari

 
Guru sekolah diminta hadir bertugas seperti biasa dan pihak sekolah tidak perlu menggantikan dua hari cuti itu.


madzir,seolah-tutup


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 39 darjah Celsius.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian dalam muat naik status Facebook milik beliau hari ini.

“Fenomena El Nino Kedah dan Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) murid sahaja. Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul,” tulis beliau.

Bagaimanapun, guru sekolah diminta hadir bertugas seperti biasa dan pihak sekolah tidak perlu menggantikan kedua-dua hari cuti itu.

Penutupan itu melibatkan 853 sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah, melibatkan 413,786 orang murid termasuk kanak-kanak pra-sekolah.

Jabatan Meteorologi sebelum ini mengumumkan suhu di Kedah dan Perlis adalah antara yang tertinggi di seluruh negara yang kini dilanda fenomena El Nino sehingga mencapai lebih 37 darjah selsius, terutama di Alor Setar.

Tiada ulasan: