Selasa, 22 Mac 2016

‘Bagaimana mahu sekat web porno jika ke mahkamah dulu?’

MALAYSIAKINI




Jika The Malaysian Insider terpaksa dibawa ke mahkamah sebelum boleh disekat, bagaimana kerajaan mampu menghalang lam web buruk yang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk seri Salleh Said Keruak.

“Kalau kita ikut cakap (ahli parlimen) Sepang bahawa kita kena tunggu didakwa dulu baru bertindak, banyak web yang terlibat dalam isu lucah, porno.

“Kita perlu bertindak dulu, kalau ada kesalahan dari segi undang-undang, kita akan bawa ke mahkamah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang berkata adalah tidak betul bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyekat laman TMI kerana mereka belum lagi diisytiharkan melakukan sebarang salah laku oleh mana-mana mahkamah.

Salleh bagaimanapun berkata, SKMM mempunyai hak untuk mengawal kandungan web untuk memastikan bahawa ia adalah sesuai untuk masyarakat.

“Kta bertanggung jawab terhadap perkembangan internet di Malaysia sebaik-baiknya. Kebebasan bersuara tu penting tetapi hak untuk merosakkan kerajaan tidak," katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa TMI disekat kerana menyiarkan artikel yang memetik sumber yang tidak dinamakan dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

Tiada ulasan: