Selasa, 15 Mac 2016

APAKAH SALLEH MEWAKILI KETAKUTAN NAJIB?

shahbudindotcom


Apa yang dicadangkan oleh Tun Mahathir Mohamad ini sebenarnya adalah peluang terbaik bagi Najib Razak untuk mendiamkan terus sebarang kritikan terhadapnya.

Yang diperlukan hanyalah sedikit keberanian untuk menyahut cabaran atau cadangan mengadakan referendum itu.
 
 
 
 
Dengan MT UMNO, Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian UMNO didakwa berdiri teguh di belakang Najib serta segala macam jentera kerajaan juga dalam genggamannya, apa yang perlu ditakutkan lagi?

Buatlah referendum dan inilah peluang untuk menjadi Perdana Menteri sampai kiamat.

Tetapi kenapa cepat melalut sehingga mengaitkan referendum ke atas Najib juga boleh menyebabkan beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak membuat cadangan untuk keluar daripada Malaysia?

Tidakkah ia sesuatu yang jauh melencong dan tidak ada kaitan sama sekali?
 
 
 
 
Adakah jawapan pantas Salleh Said Keruak ini mewakili ketakutan Najib serta suatu kesedaran bahawa rakyat sememangnya tidak lagi menyokongnya? 

Jika begitu, apa sebenarnya harapan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang jika mahu juga mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri? 


Tiada ulasan: