Rabu, 17 Februari 2016

Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini

Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini
Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini


SHAH ALAM – Satu program diskusi ilmiah akan berlangsung pada malam ini yang akan menampilkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Rozaimi Ramli sebagai ahli panel.

Program wacana yang bertajuk ‘Ekstremisme Agama di Malaysia’ ini akan dikendalikan oleh Amin Idris.

Program ini akan berlangsung di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam pada jam 8.30 malam ini.

Anda boleh ikuti siaran secara langsung diskusi ilmiah ini menerusi www.sinar.tv dan juga menerusi Twitter @SinarOnline.

Selain itu anda juga boleh layari laman web www.sinarharian.com.my untuk mendapatkan berita terkini tentang diskusi ini.


Tiada ulasan: