Rabu, 3 Februari 2016

Skandal 1MDB: Mengapa Zahid marah Peguam Negara Switzerland sampai begitu?

1mdb feat


Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu apabila membidas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber yang meminta bantuan Malaysia secara terbuka berhubung siasatan skan dal terbaru 1MDB melibatkan RM16.8 bilion.

Ia berikutan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor kurang senang dengan permohonan Lauber atas alasan kononnya ia akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara dan menimbulkan bias dalam laporan media.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, berkata Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya mengalu-alukan permohonan Lauber kerana siasatan skandal 1MDB melibatkan kepentingan awam.

“Saya harap Peguam Negara Switzerland akan terus membuat permohonan secara terbuka dan tidak terkesan dengan kenyataan Zahid. Orang awam berhak untuk mengetahui perkembangan siasatan ini,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Kenyataan Zahid itu hadir berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengikut laporan The Wall Street Journal, pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.

Ramkarpal berkata, tiada yang luar biasa mengenai permohonan terbuka sesebuah kerajaan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau mengambil tindakan melibatkan isu antara kedua-dua negara.

“Perkara sama kita lakukan apabila Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar secara terbuka bertegas dengan kerajaan Indonesia supaya tidak berkompromi terhadap mana-mana individu atau syarikat yang menjadi punca kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk.

“Menteri itu juga tidak buat permohonan melalui saluran rasmi kepada Indonesia kerana ia melibatkan kepentingan awam kedua-dua negara,” katanya yang  mengalu-alukan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland kerana tidak akan mengulas kenyataan Zahid dan menyifatkannya sebagai kenyataan politik. -Roketkini.com


Tiada ulasan: