Jumaat, 12 Februari 2016

Rani Kulup jual kopi jenama ‘Kopidap’

 
Kopi Kopidap itu disifatkan 'lebih special' berbanding kopi yang berada di pasaran.


ranikulup_kopi_600


PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah akan melancarkan minuman kopi jenamanya sendiri iaitu ‘Kopidap’.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) yang lebih mesra dipanggil ‘ayah’ itu berkata, pelancaran kopi itu akan dibuat di sebuah restoran di Shah Alam pada minggu hadapan.

“Tarikh (pelancaran) kita akan beritahu. Kopi ini diusahakan bersama rakan-rakan ayah seramai tiga orang.

“Kita akan pasarkan secara besar-besaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya ketika dihubungi FMT, di sini, hari ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai ‘raja report’ mendedahkan, kopi Kopidap itu adalah ‘lebih special’ berbanding kopi yang berada di pasaran.

“Kita ‘special’ sikit, nanti ayah bagi tahu minggu depan,” katanya.

Tiada ulasan: