Ahad, 14 Februari 2016

Pemuda PAS jangan ikut perangai Mat Sabu – Nik Abduh

 
Tindakan melempar mikrofon itu sememangnya tidak wajar dicontohi oleh Pemuda PAS


anik-abduh,mat-sabu


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS diingatkan agar tidak mengikuti sikap yang ditunjukkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang melemparkan mikrofon sewaktu berucap.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menafikan kecewa dengan sikap rakyat yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh melawan kerajaan mengundang perasaan begitu, namun, PAS tidak akan bertindak sedemikian.

“Lempar mikrofon itu cara abang Mat Sabu, bukan cara kita (PAS). Kita tidak kecewa walaupun kita sebut nak lawan kerajaan tapi tidaklah kecewa hingga baling mikrofon.

“Saya sudah beritahu Pemuda PAS jangan buat perangai macam itu,” ujarnya.

Baru-baru ini, Mat Sabu mendapat kritikan kerana tindakannya membaling mikrofon ekoran geram terhadap pakatan pembangkang yang belum mampu mengembleng kesedaran rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Video mengenai aksi Mat Sabu itu menarik pelbagai reaksi di ruang maya. Pada awalnya tindakan dipercayai kerana marahkan rakyat yang tidak menyokong pakatan pembangkang.

Tiada ulasan: