Rabu, 3 Februari 2016

Pembangkang pasti dilabel pengkhianat jika di tempat Najib

Lim_Kit_Siang

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal sama ada beliau akan menikmati pembebasan yang dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika menerima dana luar negara yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Membawa andaian itu, beliau curiga sama ada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membebaskannya dan mengisytihar dirinya sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang dinikmati Perdana Menteri.

“Adakah saya akan dibebaskan dari sebarang kesalahan jika saya mengaku tidak mengetahui siapa yang mendepositkan sejumlah wang dalam akaun saya?

“Dua bulan kemudian saya memulangkan semula 78 peratus dari jumlah itu, contohnya sebanyak RM2.03 bilion dari RM2.6 bilion kepada penderma tanpa perlu menyatakan apa yang saya lakukan kepada RM570 juta itu.

“Atau, adakah saya akan dimalukan, dituduh, ditohmah oleh media kawalan UMNO BN sebagai pengkhianat dan berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah kerana menerima dana asing untuk mencampuri urusan negara?” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Apandi mengumumkan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah melibatkan siasatan dua skandal mega SRC International dan derma RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke akaun peribadinya.

Peguam Negara itu kemudian mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes itu mengakibatkan kemarahan ramai, apatah lagi kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, terdedah. -Roketkini.com


Tiada ulasan: